Jangan undi Anwar! – Siti Kasim

Posted on

KUALA LUMPUR: “Jangan undi Anwar, biarkan pembangkang menang,” tegas peguam kontroversi, Siti Kasim, menerusi laman Instagramnya.

Peguam yang terkenal dengan kelantangannya itu menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Port Dickson.

Siti Kasim yang merasakan ‘Langkah Port Dickson’ itu mengulang ‘rentak’ yang sebelum ini pernah dilakukan keluarga Anwar, menyeru para pengundi di kawasan tersebut supaya memberikan kemenangan kepada pihak pembangkang dan tidak mengundi Ketua Umum PKR berkenaan.

“Tidak boleh lagi! Mereka fikir mereka boleh lakukan apa sahaja yang mereka mahu atas tanggungan kita? Tidak!” Kata Siti Kasim.

Menurut beliau, PRK Port Dickson merupakan pilihan raya ketiga yang diadakan khas bagi membolehkan keluarga Anwar bertanding.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail telah mengumumkan Anwar yang juga Presiden PKR yang baharu dipilih akan bertanding di PRK Parlimen Port Dickson setelah penyandang kerusi itu, Datuk Danyal Balagopal Abdullah telah meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar.

 

Sumber : Astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *